Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Sunday, February 13, 2011

Riwayat Hidup Siti Aishah r.a (Bahagian 2)

Berhijrah ke Madinah

Sepanjang zaman kanak-kanaknya, di Mekah dan Madinah, Aishah menarik perhatian ramai tentang kegiatan dan kenakalannya. Walaupun perasaannya terjejas dengan kezaliman dan keperitan hidup yang dilakukan orang-orang jahiliah Mekah, beliau tidak sekali-kali membenarkan dirinya dibebankan dengan perasaan sedih dan duka, sebaliknya beliau sentiasa mempamerkan persefahaman dan kecerian. Sudah menjadi adat resamnya untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup getir dengan fikiran tenang, yakin dan tabah yang mencerminkan sifat-sifat keperibadian bapanya.

Bapa Aishah bukanlah salah seorang daripada kumpulan pertama muhajirun (penghijrah) ke Madinah. Abu Bakr sepatutnya telah meninggalkan Mekah dengan para muhajirun tersebut, tetapi apabila beliau minta kebenaran dari Nabi SAW untuk berbuat demikian, dia diberitahu, 'Janganlah terburu-buru kerana Allah akan memberi kamu seorang teman'. Mengharapkan bahawa teman itu ialah Nabi SAW, maka Abu Bakr menunggunya dengan penuh sabar. Aishah teringat kembali bahawa telah menjadi kebiasaan pada Baginda SAW diwaktu ini untuk menziarahi bapanya sama ada diawal pagi atau disebelah petang. Tetapi suatu hari, Nabi SAW bekejar ke rumah sahabatnya yang jujur diwaktu tengahari kerana Allah SWT telah merestui Abu Bakr berhijrah ke Madinah.

Panas matahari sangat terik dan kebanyakan penduduk Mekah telah masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri dari cuaca panas yang membakar itu. Ketika itu, Aishah dan saudara perempuannay, Asma berada bersama bapanya.

Aishah yang berusia dalam lingkungan enam atau tujuh tahun telah menjadi isteri Baginda SAW yang sah walaupun majlis perkahwinan tidak diadakan sehingga selepas hijrah. Apabila Abu Bakr mendengar bahawa Muhammad SAW telah datang untuk menemuinya, beliau berkata, 'Pastinya, kedatangan Pesuruh Allah itu ke rumah kita diwaktu ini kerana ada sesuatu yang penting'. Sebaik sahaja nabi SAW masuk ke dalam rumah Abu Bakr, jelaslah bahawa Baginda sebenarnya datang untuk satu tujuan khusus. Baginda meminta agar Abu Bakr memberitahu sesiapa juga yang ada bersamanya supaya meninggalkan Mekah. Abu Bakr menjawab, 'Wahai Pesuruh Allah, mereka itu hanyalah keluarga kamu sahaja', yang bermaksud isteri Nabi, Aishah dan saudara perempuannya, Asma.

Aishah tidak pernah melihat seseorang menangis kegembiraan. Tetapi dia melihat buat pertama kali, apabila Nabi Muhammad SAW memberitahu bapanya bahawa Allah telah memberi keizinan kepadanya supaya meninggalkan Mekah. Inilah peluan yang ditunggu sebegitu lama. Selama 13 tahun ketidakadilan dan kekejaman kaum Quraish telah menghalang kemajuan dan pembangunan dalam masyarakat Islam. Akhirnya, Allah SWT telah mengizinkan penghijrahan kaum Muslim untuk mendirikan sebuah pangkalan di Madinah. Baginda Nabi tinggal dibelakang, menunggu perintah dari Allah. Sekarang, ia telah datang.

Abu Bakr membekal dua ekor unta yang disimpannya sebagai persediaan untuk peristiwa ini. Walaupun orang-orang Mekah jahiliah menentang kaum Muslim sekeras-kerasnya, namun mereka tidak begitu suka dengan hasrat orang-orang Islam untuk melakukan penghijrahan. Mereka (orang-orang Jahiliah Mekah) bimbang bahawa orang-orang Islam sekarang mampu memperkukuhkan diri mereka dan akan kembali untuk menguasai Mekah kelak.

Baginda Nabi SAW mengetahui pihak musuh Islam akan cuba menghalangnya dari meninggalkan Mekah. Baginda Nabi SAW membuat keputusan supaya Baginda dan Abu Bakr mesti keluar dari Mekah secara rahsia dan meninggalkan keluarganya dibelakang untuk sementara waktu. Kemudian, sesusah menetap di Madinah, mereka akan mengarahkan orang-orangnya supaya membawa keluarganya ke mari.

Orang yang cekap memandu Baginda SAW dan Abu Bakr ke Madinah, 'Abdullah Bin Urayqit, bukan seorang Muslim. Selepas tidak berapa lama tinggal di Madinah, dia memberitahu untuk pulang ke Mekah. Oleh yang demikian, Nabi SAW menyuruh Zayd Bin Harithah dan Abu Rafi untuk pulang bersama 'Abdullah dan membawa ahli-ahli keluarga mereke ke Madinah. Justeru, Aishah disatukan semula dengan bapa dan suaminya dia Madinah.

No comments: