Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Sunday, February 13, 2011

Riwayat HIdup Siti Aishah r.a (Bahagian 3)


Perkahwinan

Ekoran dari ketibaan mereka itu, keadaan di Madinah menimbulkan kesusahan kepada orang-orang Islam Mekah (penghijrahan). Ramai di kalangan mereka, jatuh sakit dan Aishah tidak terkecuali. Selama hampir sebulan dia terlantar di atas katil diserang sejenis penyakit yang menyebabkan dirinya tidak bermaya, beratnya menurun dan rambutnya gugur. Sepanjang waktu ini, ibunya (Umm Ruman) melayannya dan tidak tahu penat lelah. Sememangnya inilah masa yang menyakitkan jiwanya kerana beliau tahu hari perkahwinan Aishah hampir tiba. Masanya telah sampai bagi Aishah memasuki rumah Baginda Nabi SAW sebagai seorang isteri. Ketika itu ialah bulan Syawal dan beliau sekarang berusia sembilan tahun. Sebelum Islam, ramai orang-orang Arab tidak suka berkahwin dalam bulan ini. Oleh kerana perkataan 'Syawal' datang dari 'syala' bermaksud 'dia mati', mereka mengaitkan perkahwinan diwaktu ini, sebagai suatu kecelakaan. Nabi Muhammad SAW mahu kepercayaan sebigini dihapuskan daripada hati dan minda orang-orang sebegini dihapuskan daripada hati dan minda orang-orang Islam. Baginda seterusnya berhasrat untuk menanam kepercayaan ke dalam hati mereka bahawa Allah SWT yang menentukan untung dan rugi ke atas manusia itu.

Sehubungan itu, Aishah mula menyukai bulan Syawal. Ia adalah satu bulan yang sentiasa membawa kenangan manis dan bermakna tentang perkahwinannya dengan Pesuruh Allah, Muhammad SAW. Dia mengingati kembali bahawa Baginda Nabi SAW telah mengadakan majlis pertunangan dengannya dalam bulan Syawal dan membawanya pulang ke rumahnya sebagai seorang isteri, juga dalam bulan Syawal. 'Dan siapa diantara isteri-isteri baginda Rasulullah yang lebih dikasihinya selain dari aku?' Sesungguhnya Aishah telah mengajak wanita-wanita dari kalangan keluarganya agar mengikuti langkahnya dan masuk ke rumah suami-suami mereka sebagai isteri-isteri juga dalam bulan Syawal.

Anehnya, Aishah sendiri tidak terfikir ketika itu bahawa hari itu ialah hari perkahwinannya. Apabila ibunya datang untuk membuat persediaan ke atas dirinya, Aishah sedang bermain-main dengan kawan-kawannya. Dia mengimbas kembali peristiwa tersebut dengan berkata, 'Umm Ruman datang kepada ku dan diwaktu itu, aku sedang bermain buaian dengan rakan-rakan sepermainan ku. Dia memanggil aku dengan suaranya begitu kuat dan aku datang kepadanya tanpa mengetahui apa maksudnya. Dia memegang tanganku dan membawa aku ke pintu sementara aku tercungap-cungap (kepenatan) sehingga hilang kemengahanku'.

Kemudian dia membawa aku masuk ke dalam sebuah rumah dimana sebilangan wanita ansar telah berkumpul. Mereka mengucapkan resti, mendoakan selamat kepadaku dan berkata, 'Semoga kamu mendapat perkongsian terbaik'. 'Dia (ibuku) telah mengamanahkan aku kepada mereka. Mereka membasuh kepalaku serta menghiasi diriku. Aku hanya terkejut bila melihat Pesuruh Allah SAW yang datang ke situ di sebelah pagi dan sejak itu, aku di amanahkan kepadanya'.

Majlis perkahwinan itu ringkas sahaja. Tidak ada binatang disembelih dan kenduri-kendara - hanya semangkuk susu yang diminum dahulu oleh Baginda Nabi SAW. Baginda duduk di sebelah Aishah dan apabila beliau memberikan mangkuk berisi susu itu kepada isterinya, Aishah secara malu menundukkan kepalanya. Asma hadir dia majlis tersebut dan menggesa kakaknya sambil berkata, 'Ambillah dari tangan Nabi', jadi, Aishah pun minum sedikit susu itu. Kemudian, ianya (mangkuk berisi susu) dibawa keliling supaya dapat diminum oleh para hadirin.

Dalam Islam, pengantin lelaki dijangka memberi sesuatu hadiah kepada pengantin perempuan yang disebut 'maskahwin'. Maskahwin ini merupakan apa jua yang dapat diberinya (pengantin lelaki) - wang, emas atau hanya sepasang pakaian. Dalam kes Aishah, Rasulullah SAW menghadiahkannya emas.

Apabila ditanya kepadanya beberapa tahun kemudian, berapakah nilai sebenar mas itu. Aishah memberitahu Abu Salamah Bin Abdul Rahman, 'Nilainya ialah dua belah uqiyyah satu nashsh'. Kemudian Aishah bertanya, 'Tahukah engkau satu nashsh itu berapakah nilainya?' Abu Salamah menjawab, 'Tidak tahu', jadi Aishah berkata 'Satu nashsh ialah setengah daripada satu uqiyyah bersamaan dengan lima ratus dirham. Itulah maskahwin yang telah diberi Rasulullah SAW kepada isteri-isterinya'.

Selepas perkahwinan mereka, Nabi Muhammad SAW menempatkan Aishah di sebuah bilik yang bercantum dengan Masjid. Di dalam bilik ini, Malaikat Jibril kadang-kadang utun untuk menyampaikan wahyu dari Allah SWT. Dalam banyak hal, perkahwinan ini adalah permulaan bagi satu lembaran yang mana baginda mendapat satu imbasan selepas kematian isteri pertamanya, Khadijah Binti Khuwaylid. Rasulullah SAW, menerangkan kepada Aishah, sambil berkata, 'Aku melihat engkau dalam tidurku (mimpi) selama tiga malam'. Malaikat membawa engkau kepadaku yang diselimuti kain sutra dan berkata, 'Inilah isteri engkau'. Apabila aku membuka kain penutup muka, aku dapati bahawa perempuan itu ialah engkau, jadi aku pun berkata, 'Jika ini datang dari Allah ianya boleh dilakukan'.

Dari kesemua isteri Rasulullah SAW, hanya Aishah seorang sahaja yang belum pernah berkahwin. Beliau dikenali sebagai seorang yang sungguh cantik dan pintar. Selain dari kebijaksanaan, beliau juga dianugerahi Allah dengan ingatan menakjubkan. Dengan adunan kesemua sifat-sifat ini, Aishah sememangnya menjadi seorang yang menarik dan mengagumkan. Justeru, tidak ada rahsia mengapa Rasulullah SAW mempunyai perasaan istimewa terhadapnya. Beliau mengakui hakikat ini pada suatu hari apabila 'Amr Bin Al-Aas bertanya kepadanya, semua orang, siapakah yang paling kamu kasihi?' Baginda Rasulullah kemudian menjawab, 'Aishah'. Apabila Amr bertanya lagi, dari semua lelaki, siapakah yang paling kamu kasihi?' Baginda berkata, 'Bapa Aishah'.

Perkahwinan dengan Rasulullah SAW tidak segera mengubah cara kebudak-budakkan Aishah. Dia terus bermain dengan rakan-rakan sepermainan untuk memberi keseronokan kepada dirinya. Mereka (rakan-rakan Aishah) kerap datang untuk menziarahi di rumah barunya. Baginda Nabi SAW memahami kehendak Aishah untuk beransur-ansur masuk ke alam dewasanya sebagai isteri dan rakan hidup. Justeru, Baginda tidak pun menghalang rakan-rakan sepermainannya untuk menziarahi Aishah. Ada kalanya Baginda juga turut serta dalam permainannya. Suatu hari sekembali nya ke rumah, Baginda Rasulullah SAW melihat Aishah sedang bermain dengan anak-anak patungnya. Apabila ditanya akan anak-anak patung itu, Aishah menjawab, bahawa ianya adalah kuda Nabi Sulaiman dan mempunyai kepak. Baginda Nabi SAW tidak dapat menahan geli hatinya dan terus ketawa atas jawapan isterinya yang tidak disengajakan itu.

No comments: