Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Sunday, February 13, 2011

Riwayat Hidup Siti Aishah r.a (Bahagian 5)

Satu Penghormatan Besar

Aishah tinggal bersama suaminya, Baginda Nabi SAW selama sepuluh tahun. Sepanjang jangka masa ini, beliau di didik dengan pengetahuan Al-Quran dan Sunnah. Sementara dapat mengekalkan sebagai satu sumber yang teguh bagi keceriaan dan keselesaan suaminya, beliau juga dapat menimba sebanyak mungkin maklumat yang tidak ada bandingan oleh mana-mana wanita dalam sepanjang sejarah Islam. Ini membolehkan beliau melakukan peranan istimewa sebagai pendidik dan pakar undang-undang. Sumbangannya dalam bidan-bidang ini tetap memberi suatu inspirasi terus-menerus dan hala tuju ke arah matlamatnya.

Baginda Nabis SAW melakukan ibadat haji di tahun akhir hayatnya dan pada masa yang sama Baginda telah menyampaikan ceramah selamat tinggalnya yang termasyhur. Semasa di 'Arafah, Baginda menerima salah satu wahy terakhir dari Allah SWT 'Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, Aku lengkapkan nikmatku ke atasmu dan Aku gembira Islam itu menjadi agamamu'.

Tiga bulan kemudian selepas pulang dari mengerjakan ibadat haji, Baginda Nabi SAW jatuh sakit. Diserang kesakitan dan demam, Baginda bertanya kepada isteri-isterinya, 'Di mana aku akan berada esok? Di mana aku akan berada esok?' Memahami harapannya bahawa giliran Aishah akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi, mereka membenarkan Baginda tinggal di mana sahaja pilihannya. Justeru, Baginda Rasulullah SAW telah dipindahkan ke rumah Aishah di mana Baginda menghabiskan hari-hari terakhir hayatnya, Aishah pernah berkata, 'Sesungguhnya, ini adalah satu-satunya anugerah Allah kepada aku agar Baginda Rasulullah SAW wafat dirumahku, pada hari giliranku, (iaitu pada hari yang biasanya Baginda SAW tinggal bersama-samanya) diantara dada dan leherku'.

Baginda juga dimakamkan di dalam rumah Aishah, kerana Abu Bakr teringat bahawa beliau telah mendengar Baginda Nabi SAW bersabda, 'Allah Yang Maha Agung, tidak akan mengambil nyawa seseorang nabi kecuali ditempat dimana Dia (Allah) menghendakinya (Nabi itu) dimakamkan'.

Tidak dapat dinafikan, bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan Aishah satu penghormatan tertinggi dengan mengizinkan PesuruhNya SWS wafat dalam pangkuan Aishah. Selain dari kelebihan keistimewaan untuk merakamkan sebegitu banyak tradisi-tradisi Nabi SAW, beliau juga diberkati dengan peluang untuk merakam saat-saat terakhir kehidupan teragung Baginda Rasulullah SAW.

Semasa Aishah melayani Rasulullah SAW, saudara lelakinya, Abdul Rahman masuk ke dalam bilik sambil memegang sepotong siwak. Baginda mengerling ke arah siwak itu, dan memahami Rasulullah SAW gemarkan kayu tersebut, Aishah bertanya jika Baginda inginkannya. Sambil menunjukkan keinginan kepada siwak, Baginda menganggukkan kepalanya. Bagaimanapun siwak itu agak keras dan Aishah menggigitnya supaya lembut bagi memudahkan Baginda menggunakannya. Ketika ini, suaminya sedang mencelup kedua-dua tangannya ke dalam satu bekas air kecil dia sebelahnya dan sambil membersihkat mukanya, menyebut berulang-ulang, 'Tidak ada Tuhan selain Allah dan pasti mati itu ada penderitaannya'.

Aishah teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, semasa sihatnya, 'Allah yang memuliakan pesuruhnya, tidak mematikan seseorang Nabi kecuali sudah ditunjukkan tempatnya disyurga dan kemudian memberinya pilihan'. 'Sekarang dia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini, Aishah telah mendengar Nabi SAW bersabda. 'Ya Allah, dengan para sahabar termulia (iaitu para Nabi, sahabat-sahabatnya, Syuhadak dan Siddiqin)'. Apabila Aishah mendengar perkataan-perkataan ini, dia berkata kepada dirinya, 'Dia tidak memilih kita' Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah memilih teman-teman mulia dari Syurga.

No comments: