Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Sunday, February 13, 2011

Riwayat Hidup Siti Aishah r.a (Bahagian 6)

Ibu Setia

Setelah sekian lama wafatnya nabi SAW, Allah SWT telah menjelaskan bahawa isteri-isterinya tidak sama dengan wanita-wanita lain. Sebagai 'Ibu-ibu yang setia' mereka sering mengenepikan keinginan peribadi mereka agar dapat membantu Rasulullah SAW mengenengah dan menyempurnakan misinya. Walaupun setelah wafatnya Nabi SAW, mereka tetap mengekalkan peranan utamanya sebagai pendidik dan pembimbing. Allah SWT telah berfirman didalam Al-Quran bahawa tiada siapa pun boleh mengahwini mereka selepas Nabi SAW.

Kerap kali mereka (isteri-isteri Rasulullah) terpaksa menanggung kelaparan dan kemiskinan yang lama. Aishah mengenangi bahawa terdapat masa-masa apabila bulan dan diwaktu itu, mereka (isteri-isteri Nabi SAW) hanya bergantung kepada kurma dan air sahaja untuk hidup. Selepas Rasulullah SAW wafat, isteri-isterinya yang lain menghantar Uthman menemui Abu Bakr untuk bertanya jika baginda SAW ada meninggalkan sesuatu untuk mereka. Apabila Aishah mendengarnya, beliau berkata, 'Tidakkah mereka menyedari bahawa Rasulullah SAW telah berkata, 'Tidak seorang pun dapat mewarisi daripada kami (para Nabi). Apa-apa kami tinggalkan ialah untuk diderma atau disedekahkan'.

Sepanjang hayat mereka, rumah-rumah isteri Rasulullah SAW kekal sebagai pusat penting untuk mendapatkan pembelajaran dan bimbingan. Para terpelajar dan penuntut telah mengembara dari segenap pelusuk dunia bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan nasihat daripada ibu-ibu yang setia. Sesungguhnya, orang-orang Muslim dari segenap lapisan hidup datang menemui mereka untuk mendapatkan penjelasan dan peraturan-peraturan mengenai perkara-perkara rumit yang berkaitan dengan kepercayaan dan hidup yang menfaatkan mereka. Ibu-ibu setia itu membebaskan mereka dari kejahilan, memberi makan kepada yang lapar serta galakkan kepada yang lemah. Lazimnya, rumah Aishah mempunyai tarikan bagi orang-orang Muslim, kerana beliau ialah seorang yang arif dan terkenal diantara isteri-isteri Rasulullah SAW. Sering kali mereka menunjukkan kasihnya kepada Rasulullah SAW dengan membawa hadiah-hadiah untuk Aishah. Kedudukan beliau diantara ibu-ibu setia dan diantara wanita-wanita pada amnya dijelaskan dalam sebuaj hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, yang berkata, 'Aku telah mendengar Nabi SWS bersabda, 'Kedudukan Aishah diantara wanita-wanita diibaratkan 'thareed' (sepinggan bubur daging yang digemari) berbanding dengan makanan yang lain'.

Ekoran wafatnya Baginda Nabi SAW, bapa Aishah, Abu Bakr, mengambilalih kepimpinan Negara Islam, menjadikan beliau khalifah pertama mendapat bimbingan yang sempurna. Pentadbiran Abu Bakr, hanya berakhir selama dua tahun tiga bulan sahaja. Dalam masa sesingkat ini, Aishah terus memainkan peranan aktif dalam hal ehwal masyarakat.

Bagaimanapun, di bawah pemerintahan 'Umar' barulah beliau mula menampakkan belangnya yang sebenar sebagai seorang terpelajar dan pakar undang-undang. Umar dan para sahabat lain yang terkemuka sering mendapatkan nasihat daripada Aishah mengenai bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sukar.

Umar terkenal dengan sifatnya yang adil dan cekap dalam menguruskan hal ehwal masyarakat Islam. Bagaimanapun, beliau tidak mengabaikan untuk memberi pertimbangan kepada 'ibu-ibu setia' dan menjadikan satu tugas istimewanya untuk sering memberi mereka bahagian-bahagian dari daging walaupun hanya kepala dan kaki sahaja yang ada dari daging binatang-binatang yang disembelih. Perhatian beratnya terhadap kebajikan isteri-isteri Baginda SAW, dapat diperlihatkan apabila mereka meminta kebenaran Umar untuk mengerjakan ibadat haji. Beliau memerintahkan Uthman Bin Affan supaya mengiringi mereka. Beliau seterusnya mengarahkan dua orang pembantu rapat agar salah seorang daripada mereka mendahului isteri-isteri Nabi SAW sementara seorang lagi mengikut dibelakangnya, dan tiada seorang pun dibenar berjalan bersama-sama mereka. Umar juga memberi amaran bahawa apabila mereka (isteri-isteri Nabi) melakukan tawaf, orang-orang lelaki tidak dibenarkan melakukanya serentak.


No comments: