Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Sunday, February 13, 2011

Riwayat HIdup Siti Aishah r.a (Bahagian 4)

Bersama dengan Isteri-Isteri Rasulullah

Apabila masa berlalu, cinta yang dikongsi kedua-dua mereka bertambah kuat dan mendalam. Dalam apa pun keadaan, Aishah bukanlah insan yang gemar berpura-pura atau menyembunyikan perasaannya terhadap suaminya Baginda Rasulullah SAW. Sebaliknya, beliau kerap bertanya secara bijaksana mengenai perasaan Baginda sendiri terhadapnya. Sesekali dia bertanya kepada Baginda, 'Bagaimana cinta kamu kepadaku?' dan Baginda menjawab, 'Ibarat simpulan tali' - bermaksud ianya kukuh dan tidak lentur. Walaupun dengan kata-kata yang meyakinkan itu, Aishah masih mempunyai perasaan cemburu. Ini terbukti benar terhadap isteri-isteri Baginda Rasulullah yang lain terutama sekali Khadijah. Aishah mengakui sendiri 'Aku tidak merasa cemburu kepada seorang pun daripada isteri-isterinya yang lain sepertimana aku mencemburui Khadijah, walaupun (dia sudah mati dan) aku tidak pernah melihatnya. Baginda Nabi SAW sering menyebut-menyebutnya dan apabila Baginda menyembelih seekor kambing, Baginda akan membahagikan daging-daging itu dan menghantar sebahagiannya  kepada kawan-kawan Khadijah. Apabila aku berkata kepadanya, 'Kamu menganggap Khadijah seolah-olah tidak ada lagi perempuan lain di muka bumi ini selain dia, 'Baginda akan berkata (memuji Khadijah), Khadijah adalah lain daripada yang lain dan aku mempunyai sembilan anak dengannya'.

Pada suatu ketika yang lain, adik perempuan Khadijah bernama Halah Binti Khuwaylid, telah datang ke Madinah untuk menemui Nabi SAW. Baginda gembira dengan lawatan itu dan menyambutnya dengan mesra. Aishah segera berasa cemburu sambil berkata, 'Apa menyebabkan kamu teringat seorang perempuan tua diantara perempuan-perempuan tua Quarash yang tidak mempunyai sebatang gigi dan sudah lama mati yang mana Allah telah menggantikan kamu dengan seorang yang lebih baik?'

Baginda Nabi SAW menjawab, 'Allah tidak memberi aku seorang yang lebih baik daripada Khadijah - dia percayakan aku bila orang menolak aku, dia yakin kepada aku bila orang mengingkari aku, dia menyokong aku dengan kekayaannya sementara orang menghalang aku dan dia melahirkan anak-anakku sementara yang lain (isteri-isteri lain) adalah sebaliknya.

Berhubung perasaan cemburunya, Aishah juga ingat, 'Aku tidak pernah mengetahui seorang tukang masak yang lebih baik dari Suffiyah. Satu ketika, dia membawa satu bekas berisi makanan untuk Baginda Rasulullah SAW, dan aku berasa macam hendak memecahnya. Jadi, aku bertanya kepada Baginda SAW, 'Apakah kelainannya jika aku yang membuatnya. Baginda menjawab, sebuah bekas untuk sebuah bekas dan satu sarapan untuk satu sarapan'.

Biarpun perasaan cemburu ini timbul sekejap-sekejap, Aishah tidak sekali-kali membiarkannya menjadi sesuatu yang membinasakan di luar kawalan. Sebagai seorang isteri Nabi SAW, beliau amat memahami bahawa beliau mestilah menjadi contoh yang baik kepada semua wanita Muslim.

Satu lagi episod yang menarik memperlihatkan tahap kekuatan hati Aishah bila mana dia merasai kedudukannya terancam. Berikutan kekalahan Banu Mustaliq pada tahun ke 5 Hijrah sebilangan orang-orangnya telah ditawan pihak Islam. Diantaranya terdapat seorang wanita rupawan dan menarik hati, Juwayriyyah Binti al-Harith. Suatu hari, wanita itu pergi ke rumah Baginda Rasulullah SAW untuk mendapat bantuan supaya dibebaskan dari tawanan. Juwayriyyah ialah anak perempuan kepada ketua Banu Mustaliq dan puak ini ada hubungan persaudaraan dengan puak Khuza'ah yang kuat dan pihak Islam telah membuat satu perikatan dengannya (puak Khuza'ah).

Kesetiaan puak atau suku kaum memainkan peranan besar pada keseluruhan hal ehwal masyarakat ketika itu, dan ramai dikalangan orang-orang Arab percaya bahawa perkahwinan adalah satu-satunya jalan terbaik untuk mendapat sokongan dan mengekalkan perikatan diantara puak-puak itu.

Memahami perkara ini, Aishah mengetahui bahawa Juwayriyyah adalah calon paling layak untuk berkahwin dengan Baginda Nabi SAW, jadi dia pergi menemui Juwayriyyah dipintu masuk ke rumah dan cube menjauhinya dari berjumpa dengan Rasulullah SAW. Kebimbangannya menjadi kenyataan kerana tidak lama kemudia, Baginda Nabi telah berkahwin dengan Juwayriyyah. Aishah kemudiannya mengakui bahawa itulah sebab dia cuba menjauhkan Juwayriyyah dari suaminya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah, perkahwinan ini dilihat sebagai langkah terbaik untuk mengukuhkan kedudukan orang-orang Islam melalui bantuan dari puak Khuza'ah.

No comments: