Riwayat Hidup

DEMI MASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Saturday, February 12, 2011

Riwayat Hidup Siti Aishah r.a (Bahagian 7)

Ibadat Siti Aishah r.a

Sepanjang sepuluh tahun sebagai isterinya, Aishah telah menyaksikan ibadat yang dilakukan Nabi SAW. Keseluruhan hidupnya ditumpu kepada Allah SWT. Segala perkataan dan perbuatannya, baik secara umum mahupun sulit, semuanya merupakan suatu bentuk ibadat. Baginda Nabi SAW, menghayati qiyam al-layl (sembahyang di tengah malam). Baginda akan berdiri sebegitu lama melakukan sembahyang hingga kakinya menjadi bengkak. Suatu ketika, 'Aishah bertanya kepadanya, 'Mengapa kamu lakukan ini, wahai Rasulullah, sedangkan Allah SWT sudah mengampunkan segala dosa kamu yang lepas dan akan datang?' Baginda menjawab, 'Tidakkah aku bersyukur sebagai seorang hamba?' Betapa penting nya Baginda Nabi SAW menitikberatkan ke atas sembahyang tengah malam adalah ketara sepertimana diriwayatkan oleh Aishah, 'Jika Rasulullah SAW tertinggal melakukan sembahyang ini, kerana sakit atau sebab-sebab lain, baginda akan mengerjakan sembahyang sebanyak dua belas rakaat diwaktu siang'.

Oleh kerana telah dipupuk dengan perasaan mesra dan kasih sayang yang mendalam terhadap suaminya, Rasulullah SAW maka dengan sendirinya Aishah dapat mengikuti contoh teladan yang diperlihatkan Nabi SAW kepadanya. Pastinya Nabi SAW telah memberi galakkan kepada Aishah untuk melakukan sembahyang tengah malam sebagaimana juga Baginda menggalakkan para sahabat lain berbuat demikian. Ali Bin Abi Talib telah meriwayatkan bahawa suatu malam Rasulullah SAW telah datang menemuinya dan Fatimah dan berkata, 'Tidakkah kamu sembahyang?' Dan Rasulullah SAW pernah berkata kepada Abdullah Bin Umar, 'Wahai Abdullah, jangan jadi seperti orang yang pernah mengerjakan sembahyang diwaktu malam kemudian terus berhenti'.

Terdapat jenis-jenis ibadat lain yang digemari Aishah. Puasa sunat (dibuat secara sukarela) adalah salah satu amalan sedemikian, mahupun memberi derma. Semasa berpuasa, beliau sering memberi sebegitu banyak derma sehingga terlupa disimpan sedikit untuk beliau berbuka puasa. Mu'awiyyah, pada satu ketuka telah mengirimkan wang satu ratus ribu dirham kepada Aishah dan sebelum terbenamnya matahari pada hari tersebut, kesemua wang yang diterima sudah habis didermakan. Kemudian, orang gajinya berkata kepadanya, 'Ada baiknya jika kamu membelikan kami sedikit daging'. Aishah menjawab, 'Pastinya aku berbuat demikian sekiranya engkau memberitahu sebelum wang itu habis'.

Walaupun sesetengah dari para sahabat Nabi diberkati dengan kekayaan dan kebahagian hidup dunia, mereka tidak sekali-kali membenarkan dirinya dipengaruhi dengan kebahagian sedemikian. Kekayaan hanya ditangan mereka, tetapi bukan dihatinya. Justeru itu, kekayaan sedia dibelanjakan ke jalan Allah. Aishah ialah salah seorang dari mereka yang menikmati kekayaan itu, namun beliau tidak pernah dikuasai oleh nafsu hatinya. Beliau memberikan kekayaannya kepada ahli keluarga, anak yatim, musafir dan orang-orang miskin.

Satu ketika semasa Rasulullah SAW masih lagi hidup, seorang perempuan bersama dua orang anaknya (kanak-kanak perempuan) datang berjumpa Aishah untuk meminta bantuan. Tidak ada apa-apa pun dirumahnya melainkan sebiji kurma. Jadi, beliau memberikan kurma tersebut kepada perempuan itu yang kemudiannya membahagikan buah itu diantara kedua-dua anak perempuannya. Sebaik sahaja mereka pergi Baginda Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah dan Aishah menceritakan insiden itu. Baginda SWS bersabda, 'Sesiapa yang diuji Allah melalui kanak-kanak perempuan dan melakukan sesuatu yang baik baginya, mereka (kanak-kanak perempuan itu) akan menjadi pendinding baginya dari Api Neraka'.

No comments: